Pemacu DVD (komponen komputer) Perakam_DVD

Pemacu perakam DVD. Tiada beza ketara antara pemacu cakera optik yang lain

Perakam DVD kini menjadi komponen standard dalam kebanyakan sistem komputer di pasaran kini. Ia boleh digunakan bersama perisian pengarangan DVD to membuat DVD yang hampir atau sama dengan kualiti komersial, dan ia juga digunakan dengan meluas untuk sandaran dan pertukaran data. Dalam kebanyakan hal, perakam-perakam DVD berasaskan komputer juga boleh mengendalikan CD-R dan CD-RW, malah sejumlah perakam-perakam DVD kendiri sebenarnya menggunakan pemacu yang direka untuk komputer.

Pemacu perakam DVD yang dibuat sejak Januari 2000, dikehendaki oleh Konsortium DVD supaya menghormati kod rantau DVD apabila membaca cakera, tetapi tidak boleh menulis kod rantau apabila menulis cakera (ini kerana kod ratau tertulis pada cakera dimana perakam DVD berasaskan komputer dan kendiri tidak mempunyai capaian).